PENDAKWAAN BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MARii ATAS ISU RASUAH

Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) mengambil maklum dan memandang serius pendakwaan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif MARii di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009. Pihak pengurusan MARii telah dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkenaan serta menjamin ketelusan dan integriti MARii sepanjang masa.

Pentadbiran baharu MARii yang ditadbir oleh Encik Azrul Reza Aziz selaku Ketua Pegawai Eksekutif MARii bersama-sama ahli Lembaga Pengarah menekankan aspek integriti, tadbir urus dan tata kelola yang baik (’good governance’) dalam setiap
peringkat pentadbiran. Kesemua Jabatan dan pegawai MARii sentiasa mengamalkan penguatkuasaan dan pemerkasaan tadbir urus yang telus dan baik dan tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan sebarang perbuatan korup atau salah guna kuasa.

Objektif utama MARii kini adalah untuk memperkuat dan memperkukuhkan daya saing industri automotif Malaysia di peringkat nasional dan global, seiring dengan Dasar Automotif Nasional 2020 (”NAP2020”).