ENG

BM

Tabung Amanah Pembangunan Automotif dan Ekosistem (TAPAK)

Inisiatif strategik MARii untuk menyokong pembangunan industri automotif. Ditubuhkan selaras dengan perlembagaan MARii dan diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selaras dengan fungsi teras MARii dalam memperkasakan penggunaan teknologi dan inovasi dalam industri automotif yang digariskan dalam dasar semasa seperti Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan dasar kerajaan lain yang berkaitan.

Objektif TAPAK

01

Menyediakan mekanisma penerimaan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk OEM, vendor, persatuan, syarikat swasta/awam dan individu bagi menyokong pembangunan industri automotif dan ekosistemnya.

02

Membiayai aktiviti pembangunan industri yang selari dengan objektif Kerajaan dan MARii, termasuk aktiviti yang menyokong pertumbuhan dan inovasi dalam sektor mobiliti.

03

Memperkasa penggunaan teknologi dan inovasi dalam industri automotif seperti yang digariskan dalam dasar-dasar semasa Kerajaan, termasuk:

  • Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020)
  • Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)
  • Dasar-dasar kerajaan berkaitan lain
Penyimpanan Aset

Pemegang amanah memastikan bahawa aset dana disimpan dengan selamat, sama ada dalam bentuk tunai, sekuriti, atau instrumen kewangan lain.

Pemegang amanah bertanggungjawab menyelenggara rekod yang tepat berkaitan semua transaksi, pegangan, dan aktiviti yang berkaitan dengan dana.

Pemegang amanah memastikan bahawa operasi dana mematuhi undang-undang, peraturan, dan dasar kerajaan yang berkaitan.

Pemegang amanah menyediakan laporan berkala kepada ahli TAPAK, termasuk kemas kini prestasi, perkembangan perbelanjaan dan sebarang butiran lain yang berkaitan.

Pemegang amanah bertanggungjawab memastikan aktiviti pembangunan industri yang selari dengan objektif kerajaan, termasuk aktiviti yang menyokong dalam pertumbuhan dan inovasi dalam sektor mobiliti.

Pengawalan & Pengurusan

MARii bertanggungjawab sebagai pemegang amanah bagi TAPAK. Tadbir urus TAPAK melalui jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meluluskan dan memantau pengurusan TAPAK. Tanggungjawab pemegang amanah merangkumi: